RSS

TENTANG KAMI

Perkenalan dua orang sahabat dalam mengenali dunia..

Budaya di Arab Saudi : Pakaian dan Tarian

Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum w.b.t


Pakaian melambangkan keperibadian seseorang itu dan juga melambangkan sesebuah masayarakat. Oleh itu, bagi masyarakat Arab Saudi juga mereka mempunyai baju yang melambangkan masyarakat mereka.

Salah satunya adalah thawb iaitu pakaian bagi kaum lelaki. Thawb merupakan sejenis pakaian seperti kemeja namun kelabuhannya sehingga ke buku lali si pemakai. Warna yang sering dipakai adalah warna putih namun terdapat dalam warna lain juga. 


Thawb


Thawb ini juga dipakai bersama sirwal iaitu seluar yang dipakai bersama-sama thawb. Sirwal ini juga seperti harem pants.



Sirwal


Pakaian lain yang melambangkan orang Arab ialah Bisht atau mishlah iaitu pakaian jubah tradisional masyarakat Arab. Bisht dipakai sewaktu hari perayaan mahupun di hari penghormatan dan juga perkahwinan.



Bisht



Malah bagi perempuan pula, pakaiannya haruslah yang longgar dan menutup aurat. Antara yang paling popular ialah Abaya.




Abaya



Sekian, terima kasih.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment