Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum w.b.t
Untuk
mengenali sesuatu masyarakat itu, kita terlebih dahulu harus mengetahui dan
mengenali serba sedikit mengenai budaya mereka. Maka, dengan menemubual seorang
pelajar yang berasal dari Arab Saudi kami telah menyelami sedikit demi sedikit
tentang festival yang disambut oleh masyarakat Arab Saudi. Seperti kita sedia
maklum bahawa Arab Saudi majoritinya adalah beragama Islam maka perayaan yang
disambut oleh masyarakat Arab adalah sama seperti kita antaranya perayaan
Aidilfitri, perayaan Aidiladha. Namun cara sambutannya ada yang berbeza dari
segi adat dan budaya.
Seperti di
Arab Saudi, masyarakatnya merayakan Hari Raya AIdilfitri dengan mengadakan
pertunjukan seni seperti teater, pembacaan
puisi,tarian, dan lain-lain lagi. Hal ini dilakukan bertujuan untuk memeriahkan
hari yang sudah ditunggu-tunggu selama setahun itu. Selain itu, kebiasaannya
mereka akan menghias rumah mereka dengan hiasan khas. Perayaan Lebaran selalu
dimulai dengan Solat Aidilfitri, seterusnya makan bersama keluarga, setelah itu
barulah mereka akan kunjung-mengunjung dan bersilaturahim dengan sanak saudara
serta mengunjungi jiran tetangga yang lain. Makanan khas Lebaran yang pasti
selalu ada setiap Lebaran adalah daging domba yang dicampur dengan nasi
ditambah dengan sayuran tradisional.
Menurut
info yang telah diterima ketika menemubual Reem, masyarakat Arab Saudi juga ada
menyambut beberapa festival yang lain seperti Hari Kemerdekaan yang
dilangsungkan setiap 23 September. Sambutan kemerdekaan itu diadakan dengan pasar
besar-besaran dan diikuti oleh tarian tradisional dari berbagai daerah. Namun
terdapat juga perayaan yang tidak disambut seperti merayakan tahun baru masihi.
Seterusnya, kami akan berkongsi maklumat berkenaan makanan yang sinonim bagi masyarakat
Arab Saudi. Bagi sarapan pagi orang Arab kebiasaannya memakan makanan yang
berasaskan roti. Namun untuk makan tengahari dan juga makan malam mereka
berasaskan nasi.
Antara makanan yang paling popular
ialah Shawarma iaitu roti pita yang diisi oleh daging sama ada daging lembu,
kambing atau ayam yang sudah siap dipanggang dan ditambah bersama sayur-sayuran
dan digulung kesemuanya sekali. Namun shawarma pada masa ini sudah mudah
didapati di pelbagai Negara termasuklah di Malaysia.
|
Shawarma
Makanan lain yang turut popular ialah
kebab. Kebab di Arab merupakan isi daging yang telah digiling dan dibentuk
memanjang kemudian dicucuk lidi. Di Malaysia, ianya umpama sate namun kebab ini
sepenuhnya daging sama ada daging kambing, lembu atau ayam. Kebab ini boleh
dimakan bersama nasi atau dijamah begitu sahaja.
|
|
Kebab Daging
Seterusnya
ialah falafel. Iaitu yang diperbuat daripada kacang dan digiling kemudian
dipadatkan menjadi seolah-olah begedil. Falafel akan digoreng didalam minyak
yang panas dan selalunya dihidangkan bersama roti. Bagi menambah rasa kepada
kacang yang digiling itu, mereka menambah lada dan garam.
Falafel
Bagi pemanis mulut pulak, Baklava merupakan manisan yang paling
popular di Tanah Arab. Baklava diperbuat daripada kacang walnut yang dihiris dan
disaluti manisan madu kemudian diluarnya dibaluti seperti kulit popia. Baklava
ini sangat manis rasanya dan tidak dimakan dengan terlalu banyak kerana
kemanisannya.
|
|
Baklava
|
Sampai di sini dahulu,sekian.J