RSS

TENTANG KAMI

Perkenalan dua orang sahabat dalam mengenali dunia..

Budaya di Arab Saudi : Makanan

Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum w.b.t

Untuk mengenali sesuatu masyarakat itu, kita terlebih dahulu harus mengetahui dan mengenali serba sedikit mengenai budaya mereka. Maka, dengan menemubual seorang pelajar yang berasal dari Arab Saudi kami telah menyelami sedikit demi sedikit tentang festival yang disambut oleh masyarakat Arab Saudi. Seperti kita sedia maklum bahawa Arab Saudi majoritinya adalah beragama Islam maka perayaan yang disambut oleh masyarakat Arab adalah sama seperti kita antaranya perayaan Aidilfitri, perayaan Aidiladha. Namun cara sambutannya ada yang berbeza dari segi adat dan budaya. 

Seperti di Arab Saudi, masyarakatnya merayakan Hari Raya AIdilfitri dengan mengadakan pertunjukan seni seperti teater, pembacaan puisi,tarian, dan lain-lain lagi. Hal ini dilakukan bertujuan untuk memeriahkan hari yang sudah ditunggu-tunggu selama setahun itu. Selain itu, kebiasaannya mereka akan menghias rumah mereka dengan hiasan khas. Perayaan Lebaran selalu dimulai dengan Solat Aidilfitri, seterusnya makan bersama keluarga, setelah itu barulah mereka akan kunjung-mengunjung dan bersilaturahim dengan sanak saudara serta mengunjungi jiran tetangga yang lain. Makanan khas Lebaran yang pasti selalu ada setiap Lebaran adalah daging domba yang dicampur dengan nasi ditambah dengan sayuran tradisional.

Menurut info yang telah diterima ketika menemubual Reem, masyarakat Arab Saudi juga ada menyambut beberapa festival yang lain seperti Hari Kemerdekaan yang dilangsungkan setiap 23 September. Sambutan kemerdekaan itu diadakan dengan pasar besar-besaran dan diikuti oleh tarian tradisional dari berbagai daerah. Namun terdapat juga perayaan yang tidak disambut seperti merayakan tahun baru masihi.


Seterusnya, kami akan berkongsi maklumat berkenaan makanan yang sinonim bagi masyarakat Arab Saudi. Bagi sarapan pagi orang Arab kebiasaannya memakan makanan yang berasaskan roti. Namun untuk makan tengahari dan juga makan malam mereka berasaskan nasi. 

Antara makanan yang paling popular ialah Shawarma iaitu roti pita yang diisi oleh daging sama ada daging lembu, kambing atau ayam yang sudah siap dipanggang dan ditambah bersama sayur-sayuran dan digulung kesemuanya sekali. Namun shawarma pada masa ini sudah mudah didapati di pelbagai Negara termasuklah di Malaysia. 

Shawarma

Makanan lain yang turut popular ialah kebab. Kebab di Arab merupakan isi daging yang telah digiling dan dibentuk memanjang kemudian dicucuk lidi. Di Malaysia, ianya umpama sate namun kebab ini sepenuhnya daging sama ada daging kambing, lembu atau ayam. Kebab ini boleh dimakan bersama nasi atau dijamah begitu sahaja. 
Kebab Daging
Seterusnya ialah falafel. Iaitu yang diperbuat daripada kacang dan digiling kemudian dipadatkan menjadi seolah-olah begedil. Falafel akan digoreng didalam minyak yang panas dan selalunya dihidangkan bersama roti. Bagi menambah rasa kepada kacang yang digiling itu, mereka menambah lada dan garam. 

Falafel


Bagi pemanis mulut pulak, Baklava merupakan manisan yang paling popular di Tanah Arab. Baklava diperbuat daripada kacang walnut yang dihiris dan disaluti manisan madu kemudian diluarnya dibaluti seperti kulit popia. Baklava ini sangat manis rasanya dan tidak dimakan dengan terlalu banyak kerana kemanisannya.


Baklava

 Sampai di sini dahulu,sekian.J

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment