Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum w.b.t
Pada post yang lalu, kami telah menceritakan serba sedikit tentang nilai-nilai murni di negara Arab Saudi. Harapnya ia dapat mengubah persepsi kita terhadap negara tersebut.
Baiklah, hari ini kami akan menyambung lagi dengan menceritakan bagaimana orang-orang Arab berkomunikasi. Orang Arab Saudi mempunyai dua
jenis bahasa iaitu Fusha dan ‘Amiyyah. Bahasa Arab Fusha ialah bahasa arab standard
atau baku yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti di sekolah, pejabat,
berita, buku-buku dan sebagainya manakala bahasa arab ‘Amiyyah ialah bahasa
arab pasar yang digunakan dalam komunikasi harian mereka.
Dari segi penyampaian maksud
komunikasi, orang-orang arab ini tergolong dalam golongan berkonteks tinggi dan
tidak langsung kerana kebanyakan mereka suka bercakap banyak akan tetapi
terlalu berlapik-lapik dan kurang jelas. Contohnya, apabila seorang Arab Saudi
berjumpa dengan sahabatnya, mereka akan bertanya khabar berkali-kali untuk menunjukkan
sikap mengambil berat dan tanda keprihatinan mereka kepada sahabatnya itu. Selain
itu, apabila seseorang itu bercakap secara langsung tanpa pernyataan, orang
yang mendengarnya itu masih memerlukan huraian daripada percakapan tersebut.
Begitu juga apabila dihidang dengan makanan, perkataan ‘La’ sahaja tidak cukup
untuk meyakinkan bahasa mereka betul-betul sudah kenyang. Oleh itu, untuk
meyakinkannya, para tetamu itu harus mengulangi ‘La’ beberapa kali dan disertai
dengan sumpah seperti ‘Demi Allah’.
Selain itu, orang arab apabila
berbual secara beramai-ramai mereka akan lebih suka menyampuk antara satu sama
lain. Sebagai contoh, apabila orang pertama bercakap dengan orang kedua, orang
ketiga akan terus mencelah dan begitu juga untuk orang-orang yang seterusnya
jika mereka bertemu dimana-mana. Dari keempat-empat gaya individu yang ada di
dunia ini, orang arab boleh dikategorikan sebagai orang yang ekspresif iaitu
apabila mereka berkomunikasi disertai dengan pelbagai bahasa badan.
Antara bahasa badannya pula ialah dari segi gerak isyarat, lelaki
lebih banyak menggunakannya berbanding dengan wanita. Apabila bertemu dengan
seorang kenalan, mereka akan berjabat tangan dan meletakkan tangan kanan ke
tengah-tengah dada untuk menunujukkan keikhlasan mereka kepada orang yang
ditemui. Selain itu, apabila berjabat tangan mereka akan menggenggam dengan
erat kadangkala hingga ke lengan dari atas hingga ke bawah. Oleh itu, apabila
tidak berjabat tangan atau mengucapkan selamat tinggal sewaktu hendak berpisah,
seseorang itu akan dianggap kurang ajar.
Selain itu, orang arab ini
mempunyai gerak isyarat yang unik apabila ingin menyuruh seseorang itu tunggu
sebentar ataupun bersabar ketika hendak menyeberangi jalan, orang arab akan
mencium kesemua hujung jarinya yang menghadap ke atas.
Manakala, bagi menunjukkan maksud
'tidak mahu' , mereka menggunakan isyarat bunyi pada lidah dan diikuti
mendongak kepala sedikit ke atas. Kemudian, kebiasaannya dalam masyarakat Arab, apabila
mereka meletakkan tangan kanan di atas kepala sambil berkata 'ala raksi', ini
menunjukkan bahawa mereka bersedia memberikan apa jua pertolongan yang diminta tanpa
sebarang pembalasan.
Dan yang paling menarik juga
ialah apabila ingin menunjukkan waktu pulang kepada para tetamu, mereka akan memberikan
minuman kopi setelah dihidang makanan yang lain. Malahan, dalam budaya mereka
itu, kopi yang dihidangkan itu mestilah dalam kuantiti yang sedikit dan pahit
sebagai menu terakhir kepada para tetamu. Walaupun
tuan rumah tidak mengungkapkan sebarang kata atau permintaan supaya tetamu
pulang, akan tetapi dapatlah difahami melalui budaya mereka bahawa apabila kopi
dihidangkan, ini bermakna sesuailah bagi tetamu untuk pulang ke rumah mereka
kerana tiada lagi hidangan lain yang akan diberikan kepada mereka.
Seterusnya, ketika bertemu dengan
sahabat karib mereka akan saling merangkul dan mencium pipi sahabatnya itu
dengan bibir. Ini adalah kerana ingin menunjukkan hubungan mereka yang sangat
rapat dan akrab.
Akan tetapi, ia akan disalah
tafsir apabila kesemua ini dilakukan antara lelaki dan wanita seperti salam
dalam keadaan sangat ghairah, bergurau senda dan mengajak keluar makan tengah
hari bersama. Mereka juga tidak digalakkan untuk menunjukkan kemesraan mereka
kepada sosial hatta memegang tangan sekalipun walaupun suami isteri. Begitu
juga memegang tangan walaupun sesama jantina kerana mereka menganggap bahawa
kelakuan itu adalah homoseksual.
Di samping itu, apabila
berbual-bual budaya Arab Saudi biasanya akan berdiri sangat dekat sesama
mereka. Hal ini kerana apabila seseorang itu berdiri berjauhan apabila sedang
berkomunikasi, mereka akan tersinggung oleh sebab menganggap bahawa orang itu
tidak suka dengan kehadiran mereka itu ataupun orang itu adalah seorang yang
dingin dan tidak berperasaan. Begitu juga, apabila seseorang itu bersandar pada
dinding dan meletakkan tangannya di dalam poket sewaktu berbual ia juga
dianggap sebagai kurang hormat. Oleh sebab itu, orang arab saudi tidak akan
meminta maaf apabila bersentuhan ataupun berlanggaran kerana bagi mereka itu
adalah perkara yang baik.
Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih. ^_^
0 comments:
Post a Comment